Sejarah Sekolah

photo_2016-04-21_21-52-12 SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ENTABUAN TENOM –

Sekolah Menengah Kebangsaan Entabuan ditubuhkan kerana pertambahan bilangan pelajar di mukim

Entabuan dan kekurangan tempat di sekolah-sekolah menengah berhampiran. Perletakan batu asas SMKE

telah dilakukan pada 26hb OGOS 1998 oleh Menteri Pendidikan Malaysia Y.B Datuk Mohd Najib Tun Abdul

Razak. Pembinaan yang dijangka akan siap pada 28hb Januari 2001 ini bagaimanapun telah gagal

disempurnakan. Ini menyebabkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Entabuan terpaksa

menumpang di SJK Chi Vun,Tenom dari 3hb JANUARI hingga 10hb JULAI 2001. Pada 9hb JULAI 2001,

Jabatan Kerja Raya telah menyerahkan dua blok bangunan (Blok A dan B) kepada Jabatan Pendidikan Negeri

Sabah. Maka pada 11hb JULAI 2001, Tuan Haji Mohmad Mohlis Bin Yusak telah dilantik sebagai pengetua

pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Entabuan Tenom.