Piagam Sekolah

Kami warga SMK Entabuan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan memupuk seluruh tenaga dan usaha kami untuk:- 

  1. Menyegerakan setiap tindakan untuk menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan layanan yang baik terhadap pelanggan.

  2. Membimbing pelajar bersahsiah mulia dan penyayang terhadap ibu bapa, guru, rakan dan harta benda sekolah.

  3. Memberi peluang yang sama kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan untuk menimba ilmu berteraskan Teknologi Maklumat     serta mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum.

  4. Menyampaikan kandungan pembelajaran berpandukan Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan dan menghabiskan Sukatan Pelajaran pada tahun semasa.

  5. Melahirkan pelajar yang mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk berkembang maju dalam aspek intelek, sosial, rohani, jasmani dan emosi.

  6. Memastikan peratus kelulusan peperiksaan meningkat pada setiap tahun serta melahirkan pelajar yang dapat mencatatkan keputusan cemerlang.

  7. Mengeratkan silaturrahim dan muafakat di kalangan seluruh warga SMK Mutiara bagi mewujudkan suasana mesra dan harmonis.

  8.  Memastikan Pelajar Istimewa dapat meningkatkan kemahiran pengurusan diri dan boleh berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.