Perkhidmatan @ PSS SMKE

Perkhidmatan @ PSS

  • Pinjaman dan Pemulangan buku
  • Membuat Kad
  • Pinjaman Radio
  • Bank Soalan
  • Binding
  • Menjilid
  • Membalut Buku
  • Mencetak
  • Laminating

BAHAGIAN PINJAMAN

Koleksi buku-buku terdapat di perpustakaan ini merangkumi pelbagai bidang ilmu  serta bersesuaian dengan identity perpustakaan  sekolah. Pengguna boleh meminjam 2 buah buku dalam satu masa dengan tempoh pinjaman adalah seminggu. Bahan red-spot pula hanya dibenarkan sehari sahaja. Peminjaman mesti menggunakan kad pinjaman . Semua bahan disusun mengikut Sistem Pengkelasan Dewey.

 

PUSAT AKSES

Mempunyai 6 buah komputer yang mempunyai akses dengan internet. Para pengguna boleh menggunakan bilik ini secara percuma untuk mengakses internet dan menaip tugasan. Penggunaan semasa P&P mestilah bersama guru mata Pelajaran masa yang terlibat.Penggunaan mestilah direkodkan.


AKHBAR DAN MAJALAH

Perpustakaan ini menyediakan kemudahan bahan bacaan akhbar dan majalah. Sebanyak 11 buah majalah dan 3 naskah akhbar disediakan untuk tatapan para pengguna.Majalah-majalah adalah seperti berikut:

Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, e– Siswa, Rapi, Anjung Seri, Laman,Nur, Home Décor,PC, Keluarga dan  Wanita.

Akhbar: Berita Harian, Utusan Malaysia dan The Star.

KOLEKSI SISIPAN AKHBAR

Terdapat pelbagai sisipan akhbar yang di kumpulkan dan memudahkan pembaca mencari topik-topik tertentu.

INTERNET

Kemudahan melayari internet disediakan di ruang Pusat Akses secara percuma.