Peraturan PSS SMKE

Peraturan

PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Disiplin

  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki Pusat Sumber.
  2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
  3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Pusat Sumber.
  4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
  5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
  6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
  7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
  8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan

  1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
  2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Pusat Sumber.
  3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian

  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
  2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Pusat Sumber.

Peringatan:

*Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Pusat Sumber.

PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN BILIK MEDIA

Disiplin

  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik Media/Tayang.
  2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik Media/Tayang.
  3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
  4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
  5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik Media/Tayang semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan bilik Media

  1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
  2. Segala perisian di dalam bilik Media/Tayang tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.

Pakaian

  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik Media/Tayang.
  2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik Media/Tayang.

Peringatan: 

*Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik media.